KUANTAN – Gangguan bekalan air di daerah ini yang menjejaskan hampir 80,000 akaun pengguna dijangka berlarutan antara satu hingga dua bulan jika musim kemarau berpanjangan. Pengurus Kanan Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) Kuantan Abdul Aziz Mohamed Noh berkata, kemarau menyebabkan paras air di empangan terjejas termasuk di Empangan Chereh yang merupakan antara sumber air utama di sini. “Paras terkini Empangan Chereh adalah pada 54 meter dan boleh menurun sehingga 40…










