Ganggu Perlembagaan adalah pengkhianat - Utusan Malaysia

Ganggu Perlembagaan adalah pengkhianat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 7 Ogos – Persatuan Solidariti Rukun Negara (Suara) menyifatkan tindakan mana-mana pihak untuk mengambil kesempatan daripada perubahaan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) untuk mengganggu gugat Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan sebagai pengkhianat negara.

Naib Pengerusinya, Muhamad Khalid Tan berkata, Perlembagaan yang diasaskan berdasarkan Kontrak Sosial adalah teras pembentukan negara ini dan keharmonian yang dinikmati selama ini akan tergugat sekiranya perkara tersebut diubah atau dirombak.

Beliau berkata, Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan memberikan keadilan kepada semua pihak dan tidak perlu untuk diungkit sama sekali.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suara menjunjung kasih kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah kerana memberikan peringatan ini agar pertukaran kerajaan tidak menjadi penyebab untuk kontrak sosial yang dipersetujui selama ini diganggu gugat.

“Masalah ini bukan baharu. Rasa tidak berpuas hati ini berlaku sejak sekian lama kerana kerajaan dan rakyat tidak memberikan penekanan yang serius tentang Perlembagaan negara, apa dan mengapa Perlembagaan wajib dipertahankan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada ketika mengulas titah Sultan Nazrin yang menitahkan supaya per­kara-perkara asas yang terkandung dalam Perkara 153 Per­lembagaan Persekutuan perlu terus dipertahankan dan tidak berkompromi walaupun berlaku perubahan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Baginda bertitah, Perlembaga­an Persekutuan yang menyentuh Raja-raja Melayu, agama Islam, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera serta kepentingan sah kaum-kaum lain jangan sama sekali disensasikan oleh mana-ma­na pihak.

Sultan Nazrin bertitah, perbuatan mahu merombak persetujuan dan kontrak sosial yang telah di­persetujui bersama semasa menggubal Perlembagaan Merdeka ter­sebut akan hanya mengundang ke­pada berlakunya suasana tidak harmoni yang boleh menggugat kestabilan politik dan ketenteraman awam – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×