KEMAMAN 19 Ogos – Pekebun kecil di Kampung Air Putih, kini boleh menarik nafas lega seketika apabila seekor daripada kawanan gajah yang turut berkeliaran dalam kawasan tanaman mereka di pinggir hutan, ditangkap Rabu lalu. Timbalan Ketua Unit Gajah, Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Pahang , Mohd Khairul Adha Mat Amin berkata, gajah betina seberat kira-kira 2.8 tan metrik itu telah dibawa keluar dengan menggunakan dua ekor gajah denak, Abot…










