Final Sukan Asia sasaran Husniah - Utusan Malaysia

Final Sukan Asia sasaran Husniah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RATU pecut negara, Zai­datul Husniah Zulkifli dilihat berkeupayaan melangkah ke pentas final 100 meter (m) Sukan Asia 2018 di Jakarta dan Palembang, Indonesia dari 18 Ogos ini hingga 2 September depan.

HUSNIAH berpeluang melangkah ke pentas final 100m pada Sukan Asia
HUSNIAH berpeluang melangkah ke pentas final 100m pada Sukan Asia Indonesia bermula 18 Ogos ini berdasarkan prestasi dalam kejohanan-kejohanan di Jerman bulan lalu.

Secara realistik, peluang Husniah, 25, untuk memenangi pingat adalah sukar tetapi jurulatihnya, M. Balamurugam percaya anak di­diknya itu sekurang-kurangnya mampu mara ke peringkat final apabila acara 100m bermula di Stadium Gelora Bung Karno pada 25 Ogos ini.

Bagaimanapun, Balamurugan mengakui Olimpian negara itu perlu mencatatkan masa dalam lingkungan 11.5 saat (s) untuk mengesahkan tempat ke final memandang­kan standard yang cukup tinggi pada kejohanan berpe­ringkat Asia.

“Kita perlu realistik untuk menang pingat pada peringkat Asia, sekiranya Husniah menang, ia adalah satu bonus dan pencapaian terbaik buat kariernya.

“Saya menyasarkan dia ke final berdasarkan catatan masa dan prestasi semasa ditunjukkan dalam kejohanan-kejohanan di Jerman bulan lalu.

“Husniah melakukan 11.59s pada kejohanan terakhir di Jerman, 25 Julai lalu. Kalau dia boleh konsisten dengan catatan 11.5s, tidak mustahil dia boleh berlari di final,” katanya ketika dihubungi Kos­mo! semalam.

Pemenang dua pingat perak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 itu dijangka berdepan cabaran sengit pe­-
lari-pelari handalan dari China, India, Kazakhstan dan Jepun yang sudah melakukan catatan masa antara 11.1s hingga 11.3s pada tahun ini.

Sehubungan itu, Balamurugan berharap Husniah dapat menimba pengalaman seba­nyak yang mungkin dalam memantapkan prestasinya untuk memenangi dua pingat emas dalam acara 100m dan 200m pada Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina.

Husniah juga berpeluang memadam rekod 100m kebangsaan milik G. Shanti jika berjaya melakukan catatan masa kurang daripada 10.50 di Jakarta nanti.

Penglibatan pada Sukan Asia 2018 akan menyaksikan ‘resume’ atlet dari Kuala Nerang, Kedah itu sudah lengkap selepas terdahulu diberikan peluang beraksi pada Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil dan Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN