AKTRES Sangeeta Krishnasamy itu pernah mencuri perhatian industri hiburan tempatan pada tahun lalu apabila dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-29 menerusi naskhah Adiwiraku. Bukan sekadar itu sahaja, menerusi karya yang sama, pelakon berusia 33 tahun itu juga berjaya merangkul anugerah Pelakon Filem Wanita Terbaik menerusi Anugerah Skrin 2017. Kemenangan yang diraih membuatkan ramai yang mula menyedari kehadiran dan bakat yang ada pada pelakon berketurunan India itu dalam…










