KUALA TERENGGANU 15 Ogos – Bagi mereka yang bercadang untuk berkunjung ke negeri ini tidak lama lagi, tarikh 30 Ogos hingga 2 September ini boleh dimasukkan dalam rancangan percutian kerana ada banyak tarikan sempena berlangsungnya Festival Kenyir 2018. Progam selama empat hari di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu itu akan dimeriahkan dengan pelbagai kegiatan sukan air dan darat yang membuka ruang untuk turut disertai bersama keluarga, selain menyaksikan persembahan…











