KUALA TERENGGANU: Empat keluarga yang terlibat dengan tragedi bot terbalik di Pulau Perhentian, Besut, dekat sini dijadual pulang ke Pulau Pinang dan Kedah hari ini, selepas bercuti di situ sejak Jumaat lalu. Pegawai Khas (Hal Ehwal Bukan Islam) Menteri Besar Terengganu, Dr. Balachandran Gopal Krishnan berkata, mangsa yang terselamat terutama ahli keluarga terdekat masih berada dalam keadaan terkejut dan sedih dengan kejadian ini. “Ketika ini mereka belum bersedia untuk bercakap…










