Felda diikat Melaka United di laman sendiri - Utusan Malaysia

Felda diikat Melaka United di laman sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN 5 Ogos – Felda United gagal manfaatkan aksi di laman sendiri apabila sekadar mencatat keputusan seri tanpa jaringan ketika menerima kunjungan Melaka United dalan perlawanan pembukaan saingan Piala Malaysia Kumpulan B di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka malam ini.

Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi lebih berhati-hati pada separuh masa pertama dan gagal memecah kebuntuan jarian.

Bersambung babak kedua, tuan rumah mula mencorakkan serangan lebih bertenaga dengan penguasaan bola yang lebih banyak berbanding pelawat.

Gilberto Fortunato mempunyai peluang untuk meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-73 namun tandukannya ditepis keluar oleh penjaga gol pelawat, Khairul Fahmi Che Mat.

Pelawat melakukan serangan balas tiga minit kemudian namun penyerang importnya, Yahor Zubovich gagal mengawal bola dengan kemas di hadapan gawang dan berjaya tangkap kemas oleh Mohd. Farizal Harun.

Penyerang Felda United, Thiago Augusto mempunyai peluang keemasan pada minit ke-81 namun rembatannya ditepis keluar oleh Khairul Fahmi.

Kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan satu mata apabila perlawanan berkesudahan tanpa jaringan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×