Etika terima Anugerah Jenama Majikan Terbaik Asia 2018-2019 - Utusan Malaysia

Etika terima Anugerah Jenama Majikan Terbaik Asia 2018-2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Ogos – Etika Group of Companies (Etika) menerima Anugerah Jenama Majikan Terbaik Asia 2018-2019 dalam majlis anjuran Kongres Pembangunan Sumber Manusia (HRD) Dunia dengan kerjasama Kumpulan Stars of Industry dan Persekutuan Sumber Manusia Profesional Dunia.

Naib Presiden Eksekutif Sumber Manusia Etika, Nicholas Ng berkata, penganugerahan tersebut adalah bukti komitmen syarikatnya yang sentiasa bersaing meningkatkan kualiti modal insan pekerja dengan bantuan amalan sumber manusia standard.

“Kita akan terus meningkatkan prestasi dalam pembangunan pe­ngurusan sumber manusia selain menambah baik keadaan persekitaran syarikat bagi membolehkan bakat pekerja menjadi lebih baik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Anugerah ini adalah satu pencapaian terbaik buat Etika sekali gus memberi semangat buat seluruh warga kerja untuk memastikan usaha memantapkan kedudukan syarikat sebagai Majikan Pilihan Asia dapat diteruskan pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Katanya, anugerah itu diberikan berdasarkan kemampuan organi­sasi menterjemahkan visi syarikat kepada strategi yang mampu memberi impak dan berkesan me­lalui sumber manusia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×