PUTRAJAYA 29 Ogos – Bidang kuasa pendaftaran dan kawal selia parti-parti politik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta undang-undang khusus berhubung pengendalian kerajaan sementara adalah antara perkara yang berada di bawah kajian Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya (ERC). Pengerusi ERC, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman berkata, pihaknya juga akan menjalankan kajian mengenai cadangan pendaftaran pemilih secara automatik serta cadangan had usia pemilih diturunkan daripada 21 tahun…










