KUALA LUMPUR 24 Ogos – Ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low yang melarikan diri daripada pihak berkuasa Malaysia menyifatkan permohonan mahkamah menjual kapal layar mewah Equanimity sebagai percubaan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menutup masalah yang timbul selepas merampas kapal berharga RM1 bilion itu. Jho Low dalam kenyataan dikeluarkan menerusi peguam beliau berkata, kerajaan Amerika Syarikat (AS) sebelum ini bersedia membayar kos penyelenggaraan Equanimity sementara menunggu prosiding…










