LONDON 2 Ogos – Majikan kepada Gareth Southgate mahu melanjutkan kontrak jurulatih England itu sehingga tamat Kejohanan Eropah 2020. Populariti Southgate bersama peminatnya memuncak pada bulan lepas apabila England berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia 2018, sebelum disingkirkan Croatia. Pengendali tersebut memiliki kontrak selama empat tahun bersama Persatuan Bola Sepak (FA) England sejak November 2016, selepas mengambil tempat daripada jurulatih terdahulu Sam Allardyce. “Gareth sangat bagus, kami mahu dia…










