KUALA LUMPUR 14 Ogos – Empat lelaki warga Bangladesh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyeludup tujuh migran senegara, bulan lalu. Pertuduhan terhadap Saiful Islam, 37, Mijun, 36, Mohammad Sujon Miah, 39, dan Md. Solaiman, 34, dibuat di hadapan Hakim Azura Alwi. Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa menyeludup tujuh lelaki warga Bangladesh berusia antara 31 hingga 55 tahun di sebuah rumah di B-16-11, South Bank Residence,…










