PUTRAJAYA 29 Ogos – Empat segmen utama yang melibatkan penyertaan sebanyak 15,000 peserta antara pembaharuan utama yang bakal dipersembahkan sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini. Segmen-segmen tersebut yang melibatkan kenegaraan, ketenteraman awam, keselamatan negara dan rakyat bersepadu merupakan cerminan semangat patriotik dan cintakan negara. Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Dr. Mohd. Ali Mohamad Nor, persembahan tersebut diolah dan direka bersesuaian dengan tema serta semangat Malaysia baharu.…










