Empat orang dikeluarkan daripada senarai pengganas Filipina - Utusan Malaysia

Empat orang dikeluarkan daripada senarai pengganas Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA 9 Ogos – Mahkamah Filipina mengeluarkan nama empat orang termasuk seorang wakil hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) daripada ‘senarai pengganas’ berikutan kekurangan bukti mengenai penglibatan mereka dalam aktiviti keganasan.

Menurut mahkamah dalam resolusi sebanyak 14 muka surat berkata, kerajaan tidak mempunyai cukup bukti untuk mengisytiharkan wakil khas PBB mengenai hak orang pribumi, Victoria Tauli Corpuz; peguam hak asasi manusia, Jose Molintas; bekas Ahli Parlimen, Satur Ocampo dan pemimpin pemberontak, Rafael Baylosis.

Keempat-empat mereka memfailkan petisyen secara berasingan selepas diletakkan dalam senarai berkenaan.

Mac lalu, Jabatan Kehakiman mengarahkan mahkamah untuk mengisytiharkan 600 orang ahli komunis sebagai pengganas termasuk empat orang berkenaan, selepas proses perdamaian antara kerajaan dan Parti Komunis Filipina serta sayap bersenjatanya, Tentera Rakyat Baharu menemui jalan buntu. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN