LIPIS – Empat maut termasuk tiga beradik apabila sebuah Perodua Viva bertembung dengan sebuah treler dalam kemalangan di Kilometer 19, Jalan Lipis-Merapoh, Padang Tengku di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 9.50 pagi itu, kesemua mangsa iaitu tiga wanita dan seorang lelaki meninggal dunia di lokasi kejadian. Mangsa yang meninggal dunia ialah pemandu kereta, Norfasmida Mohamed, 24, kakaknya, Mimi Suziana, 39, adiknya, Ahmad Faris, 16, dan rakannya, Nur Farah Farahainsah Jaafar, 21. Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Superintendan Azry Akmar Ayob berkata, keempat-empat mangsa yang meninggal dunia itu berada di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya