BAGO, Myanmar – Hujan monsun mengakibatkan air sebuah empangan di tengah Myanmar melimpah semalam dan mengenangi kira-kira 100 buah kampung dan menghalang lebuh raya terbesar di negara itu, kata seorang pegawai kerajaan. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan tetapi beribu-ribu orang hilang tempat tinggal dan berlindung di pusat-pusat penempatan sementara. Alur limpah Empangan Swar Chaung yang berfungsi mengalirkan air keluar, pecah akibat hujan lebat di rantau Bago, kata pihak berkuasa. Air kemudian…









