PULAU PINANG 4 Ogos – Anggota PKR yang bakal mengundi pada pemilihan parti itu September ini diingatkan agar mengawasi disiplin dan tidak terdorong menjalankan kempen yang bersifat pembunuhan karakter. Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, PKR mengamalkan amalan politik terbuka dan anggota parti bebas menyokong dan memilih calon mereka yang bertanding pada pemilihan parti itu. “Mereka bebas memberikan kecenderungan dan sokongan tapi disiplin yang harus mereka awasi adalah…










