JAKARTA 25 Ogos – Pasangan beregu lelaki badminton negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin melakar kejutan di Sukan Asia 2018 dengan menyingkirkan pasangan No.3 dunia dari Jepun, Keigo Sonoda-Takeshi Kamura untuk mara ke suku akhir, sebentar tadi. Dalam aksi di Istora Senayan, di sini menyaksikan pasangan No.2 negara itu menang 21-14, 21-17 untuk menempatkan diri dalam saingan lapan pasangan terbaik. Pasangan No.1 negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong juga akan…










