ISKANDAR PUTERI 14 Ogos – Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor merakam sembah tahniah kepada Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah sempena hari keputeraan baginda, hari ini. Ucapan berkenaan dizahirkan Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat sejurus persidangan dewan bermula pada 9.30 pagi ini. “Tahniah dan selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah sempena hari keputeraan baginda pada 14 Ogos bersamaan 2 Zulhijjah 1439 Hijrah. “Didoakan semoga permaisuri dilanjut usia dan sentiasa dalam peliharaan Allah Taala,” katanya. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya