IPOH – Dua warga Nepal dijatuhi hukuman penjara sebulan dan masing-masing didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan memberi rasuah sebanyak RM150 kepada anggota polis bulan lalu. Kedua-dua tertuduh, Chaudhary Satya Narayan, 30, dan Das Kanhaiya Lal, 40, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan oleh jurubahasa dalam Bahasa Hindi di hadapan Hakim S. Indra Nehru. Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh…










