DUNGUN – Keriangan sekumpulan remaja mandi-manda di kawasan air terjun, Lubuk Kain, Kampung Shukor dekat sini hari ini bertukar tragedi apabila dua daripada mereka mati akibat lemas. Dalam kejadian pada pukul 1.45 petang tersebut, Muhammad Arif Haikal Amran, 16, dan Muhammad Hafiz Asran, 16, dikatakan tiba-tiba hanyut di bawa arus deras sebelum tenggelam ke dasar air terjun. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Al-Muktaffi Billah Shah, Jaswari Awang berkata, Muhammad Arif…










