KLANG – Dua pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) termasuk seorang wanita direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan selepas dipercayai mengemukakan tuntutan palsu bagi pembelian dakwat mesin pencetak berjumlah RM93,685, tahun lalu. Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Roslizi Sulaiman terhadap pegawai wanita berusia 39 tahun dan lelaki, 38, masing-masing berpangkat Leftenan Komander dan Bentara Kanan. Turut direman pemilik syarikat berusia 50 tahun yang dipercayai terlibat dalam…










