SEOUL – Korea Utara dan Korea Selatan bersetuju semalam untuk mengadakan sidang kemuncak pada bulan depan, lapor agensi berita Yonhap susulan perbincangan peringkat tinggi di Zon Bebas Tentera yang memisahkan dua negara berkenaan. Kedua-dua belah pihak ‘bersetuju pada pertemuan tersebut untuk mengadakan sidang kemuncak Korea Utara-Selatan di Pyongyang pada September ini seperti yang dirancang, Yonhap memetik satu kenyataan bersama sebagai berkata tanpa menyebut tarikh sebenarnya. Lawatan oleh Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in ke ibu kota Korea Utara itu akan menjadi kunjungan pertama seumpamanya dalam tempoh lebih satu dekad susulan pemulihan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya