KOTA KINABALU – Jabatan Hidupan Liar Sabah terpaksa memberikan suntikan euthanasia terhadap sepasang buaya yang ditangkap di lokasi berasingan di Kampung Anak Kinarut dan Kelly Bay Resort Tuaran pada akhir Julai lalu. Tindakan mematikan kedua-dua ekor buaya jantan dan betina itu terpaksa dilaksanakan demi menjaga habitat buaya sedia ada di kawasan hidupan liar. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Hidupan Liar Sabah, Siti Nur’Ain Ampuan Acheh berkata, buaya merupakan reptilia yang bersifat…










