KUANTAN – Keinginan kali pertama untuk mandi di sungai bertukar tragedi apabila dua beradik maut akibat lemas di muara Sungai Balok, di sini petang tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, mangsa Muhammad Amirul Mukminin Abu Hanifah, 11, dan adiknya, Muhammad Hafizul Iman yang berusia 10 tahun difahamkan keluar ke lokasi kejadian bersama dua lagi rakan tanpa pengetahuan ibu bapa mereka. Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)…










