SABAK BERNAM – Dua beradik antara enam penagih dadah yang ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Banting di sini malam tadi. Kesemua penagih dadah berusia 14 hingga 56 tahun itu diberkas pada pukul 8.30 malam. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, serbuan berkenaan hasil maklumat orang awam mengenai aktiviti mencurigakan di rumah tersebut terutama pada waktu malam. Katanya, rumah itu disewa oleh seorang penagih…










