CINCINNATI 20 Ogos – Novak Djokovic menamatkan nasib malang dalam kariernya apabila menjulang trofi di Cincinatti yang merupakan satu-satunya gelaran Masters 1000 yang belum pernah dimenangi. Djokovic, yang pulang dengan tangan kosong dalam lima perlawanan akhir sebelum ini, mengalahkan pemenang tujuh kali, Roger Federer 6-4, 6-4 pada final, hari ini. Bekas jaguh No. 1 dunia itu menjadi pemain lelaki pertama yang memenangi kesemua sembilan gelaran ATP Masters 1000 dalam siri…










