SEBERANG PERAI – Seorang cucu dan seorang cicit tergamak menyamun neneknya sendiri di sebuah rumah di Kampung Contoh, Bagan Ajam, Butterworth di sini kira-kira pukul 6 pagi kelmarin dengan tujuan memperoleh wang untuk membayar hutang. Kedua-dua suspek berkenaan merupakan antara tiga wanita yang ditahan polis kira-kira pukul 1.30 petang kelmarin bagi membantu siasatan kes yang melibatkan mangsa iaitu warga emas berusia 83 tahun tersebut. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara,…










