Didenda RM30,000 biarkan larva nyamuk aedes membiak - Utusan Malaysia

Didenda RM30,000 biarkan larva nyamuk aedes membiak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Seorang Pengurus Badan Pengurusan Bersama Taman Terubong Indah dijatuhi hukuman denda RM30,000 oleh Mahkamah Majistret di sini  selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan membiarkan premis bangunan Blok 15, Taman Terubong Indah biak larva nyamuk aedes.

Pengurus itu yang merupakan Orang Kena Saman  membuat pengakuan itu dengan menukar pengakuan kepada bersalah ketika kes itu ditetapkan untuk bela diri hari ini di hadapan Majistret Qasiratul Jannah Usmani Othman.

Pengurus tersebut kemudian membayar denda berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada 15 Mei lalu, pengurus tersebut didakwa terhadap tiga pertuduhan membiarkan keadaan itu terjadi sehingga terdapat larva nyamuk aedes (aegypti) iaitu sejenis serangga pembawa penyakit membiak di atas lantai simen di dalam kawasan premis tersebut.

Perkara itu bertentangan dengan Seksyen 13(1) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975  dan boleh didenda di dibawah 13(2) akta sama  dan boleh dihukum di bawah seksyen 23(b) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 5 tahun atau kedua-duanya.

OKS itu didakwa melakukan perbuatan itu antara Januari tahun lepas hingga Januari tahun ini di premis berkenaan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×