KUALA LUMPUR 15 Ogos – DHL eDagang, cabang perniagaan e-dagang syarikat logistik terkemuka dunia, Kumpulan Deutsche Post DHL (DPDHL) menjalin usahasama dengan platform e-dagang, Shopee untuk menawarkan perkhidmatan penghantaran domestik kepada peruncit dan pelanggan Shopee di seluruh negara. Pengarah Urusan Asia Tenggara DHL eDagang, Kiattichai Pitpreecha berkata, usahasama tersebut membolehkan peruncit dalam talian Shopee memilih penghantaran produk mereka melalui DHL. Kata beliau, pelanggan akan menerima barangan yang dibeli pada hari…










