GANDINGAN penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri dan Wendy Ng Yan Yee meraih pingat perak dalam acara 3 meter papan anjal seirama wanita pada Sukan Asia 2018 di Jakarta malam tadi. Pasangan yang memenangi pingat emas dalam acara sama pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 itu mengumpul 298.23 mata selepas menampilkan aksi cemerlang dalam lima terjunan. Pingat emas acara itu dimenangi pasangan China, Chang Yani-Shi Tingmao selepas mengumpul 335.70 dan gangsa…










