Dua beranak maut dalam kebakaran di Sentul

Dua beranak maut dalam kebakaran di Sentul

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dua beranak maut dalam kebakaran sebuah rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Dato Senu, Sentul di sini pagi tadi.

Kedua-dua mangsa iaitu seorang lelaki berusia 58 tahun dan seorang wanita warga emas berusia 82 tahun ditemukan dalam tandas.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.18 pagi berhubung kejadian.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul bersama BBP Gombak Selatan telah digerakkan ke lokasi kejadian.

Katanya, apabila tiba di lokasi, pihaknya mendapati berlaku kebakaran melibatkan sebuah rumah berkeluasan 20 kali 20 kaki persegi.

“Operasi pemadaman telah dijalankan menggunakan enam aliran hos daripada pam jentera bagi memadam kebakaran serta mengawal api daripada merebak ke kawasan sekitar. Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 7.51 pagi dengan anggaran kemusnahan sebanyak 40 peratus.

“Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 8.27 pagi.

“Punca kejadian masih dalam siasatan oleh unit siasatan kebakaran,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN