SHAH ALAM 19 Ogos – Dewan Ekonomi Usahawan Malaysia (DEUM) mengajak usahawan khususnya golongan belia, wanita serta kumpulan usahawan kecil dan sederhana menyertai dewan tersebut bagi mengembangkan lagi peluang perniagaan mereka. Yang Dipertuanya, Datuk Seri Khairul Khuzaini Zamsani berkata, DEUM ketika ini mempunyai 340 syarikat gabungan yang bertindak sebagai rakan sahabat dalam menyediakan pasaran buat usahawan untuk mengetengahkan produk perniagaan masing-masing. “Kita menyasarkan dalam tempoh 12 bulan, kira-kira sejuta usahawan…










