KUALA LUMPUR 16 Ogos – Perdagangan dan pelaburan dua hala antara Malaysia dan Arab Saudi boleh ditingkatkan menerusi usaha sama dan kerjasama dalam sektor seperti minyak dan gas, penjagaan kesihatan, pembinaan, pendidikan, pelancongan perubatan, perkhidmatan kewangan dan industri halal. Pesuruhjaya Perdagangan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) di Jeddah, Yusram Yusup menggalakkan syarikat Malaysia untuk meneroka pasaran Jeddah dan mewujudkan hubungan perniagaan dengan syarikat-syarikat di sana. “Banyak yang perlu dilakukan…










