LONDON 25 Ogos – Juara bertahan Manchester City terpaksa bergelut untuk bangkit mengikat kedudukan 1-1 dengan pendatang baharu Wolverhampton Wanderers yang memberikan ujian sebenar kepada skuad bimbingan Pep Guardiola dalam kempen Liga Perdana Inggeris di Molineux, hari ini. Pemenang Kejuaraan tersebut membuktikan kehebatan mereka setelah pertahanan Willy Boly meletakkan Wolves di depan menerusi jaringan kontroversi pada minit ke-57. Ulang tayang menunjukkan Boly cuba menanduk masuk, namun bola tersebut terkena tangan…