CEO Cradle Fun mati dibunuh - Utusan Malaysia

CEO Cradle Fun mati dibunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Polis Selangor merakam kete­rangan beberapa individu bagi membantu siasatan berhubung kematian Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn. Bhd. Nazrin Hassan yang ditemui mati dalam kebakaran di rumahnya di Lorong PJU 7/24A, Mutia­ra Damansara dekat sini pada 14 Jun lalu.

Difahamkan, keterangan individu-individu terbabit melibatkan kenalan rapat, ahli keluarga Nazrin termasuk isterinya yang berada di rumah ketika kejadian berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, siasatan kematian Nazrin, 48, diklasifikasikan sebagai kes bunuh selepas polis meneliti keputusan bedah siasat dan laporan lengkap forensik pasukan bomba dan penyelamat Selangor.

“Polis tidak boleh mendedahkan laporan bedah siasat mang­sa namun apa yang boleh diberitahu kematian Nazrin kini diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh berikutan ada unsur perbuatan jenayah,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Dalam pada itu, satu sumber mendedahkan, hasil siasatan pihak forensik bomba dilaporkan menemui kesan minyak petrol dalam bilik tidur rumah teres dua tingkat tempat mayat Nazrin ditemui.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN