PASIR MAS – Misteri penemuan mayat seorang buruh lelaki dengan kesan tetakan kelmarin terbongkar selepas kejadian itu mempunyai kaitan dengan kemalangan sebuah kereta yang mengorbankan seorang suspek di Kampung Baru Bukit Tuku, Tok Uban di sini. Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, mangsa yang berusia 28 tahun dan beralamat di Kampung Tok Pelandok di sini diserang oleh tiga lelaki dengan senjata tajam di hadapan sebuah kedai cuci kenderaan…










