KUALA LUMPUR 18 Ogos – Seorang lelaki warga Pakistan yang diculik tujuh hari lalu ditemukan mati dan mayatnya disimpan dalam sebuah kotak sebelum dicampakkan ke dalam kawasan sungai di Kepong Industrial Park, dekat sini, semalam. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, mangsa berusia 27 tahun itu dikatakan diculik apabila adik mangsa mendapat panggilan telefon daripada seorang lelaki Pakistan tidak dikenali yang meminta menyerahkan wang tunai berjumlah RM100,000…










