Bung Moktar diberi amaran keras kerana sebut perkataan lucah - Utusan Malaysia

Bung Moktar diberi amaran keras kerana sebut perkataan lucah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Ogos – Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) diberi amaran keras berhubung tindakannya mengeluarkan perkataan berunsur lucah dalam sidang Dewan Rakyat kelmarin.

Amaran itu diberikan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusoff sebelum sesi perbahasan Rang Undang-undang Kastam dimulakan dalam sidang hari ini.

“Saya ingin menyatakan sekiranya tindakan yang sama diulang, Yang Berhormat Kinabatangan akan dikeluarkan dari dewan yang mulia ini dengan serta merta untuk satu tempoh diperuntukkan di bawah Peraturan Mesyuarat 44,” ujarnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming mencuit perhatian apabila meminta Bung Moktar supaya berada di dalam dewan sebelum sesi soal jawab bermula.

“Sila duduk, jangan lari dari dewan kerana Yang Dipertua Dewan Rakyat akan keluarkan petua nanti,” katanya.

Beliau turut ‘menghadiahkan’ serangkap pantun nukilan pujangga terkenal Indonesia, Hamka kepada Bung Moktar:

Tegak rumah kerana sendi

Runtuh sendi rumah binasa

Sendi bangsa ialah budi

Runtuh budi runtuhlah bangsa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini