SEKALIPUN baru setengah kurun DEB dilaksanakan dan telah pun ditamatkan riwayatnya, bumiputera, terutama mereka dalam kelompok komuniti ekonomi, kini bersedia dan mampu menerajui Agenda Kemakmuran Nasional. Seperti yang pernah saya rencanakan sebelum ini dan disiarkan oleh akhbarini, kami di Majlis Perundingan Melayu (MPM) memilih membicarakan agenda pembangunan negara dari perspektif kemakmuran, bukan hanya dari sudut pembangunan dan kemajuan ekonomi semata-mata. Kemakmuran, mengambil kira kemampuan membina kekayaan dan kesejahteraan kehidupan (wellbeing)…