LAHAD DATU 22 Ogos – Sebutir bom jenis mortar dipercayai peninggalan ketika pertempuran Op Daulat 2013, ditemukan seorang pekerja ladang di Ladang Sahabat 17, Tungku dekat sini, semalam. Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Hamzah Ahmad berkata, bagaimanapun bom yang dijumpai pada pukul 7 pagi itu telah dimusnahkan Unit Pemusnah Bom (UPB) Tawau pada pukul 3 petang semalam. “Bom berkenaan dipercayai digugurkan sewaktu operasi menentang penceroboh di Kampung Tanduo,…










