BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 8 OGOS 2018 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 8 OGOS 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AWANG mengikuti perbahasan rang undang-undang berkaitan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam. Pelbagai pandangan pro dan kontra diberi oleh wakil-wakil yang berbahas mewakili kerajaan dan pembangkang.

Masing-masing mempunyai hujah sama ada mempertahankan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) atau menerima SST. Rakyat mungkin keliru mendengar hujah-hujah ini untuk mencari siapa yang benar atau yang mana satu lebih baik.

Bagaimanapun akhirnya rakyat amat mengharapkan SST tidak membebankan mereka. Maksudnya tidak berlaku kenaikan harga. Buktikan bahawa SST bukan sekadar memenuhi janji manifesto Pakatan Harapan sebaliknya untuk meringankan beban rakyat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tidak ada makna GST dihapuskan tetapi rakyat tetap menanggung beban. Tidak dinafikan GST dan SST mempunyai kebaikan dan kelemahan tetapi jalan keluar adalah untuk menambah baik dan mengurangkan kelemahan. Biarlah keputusan kali ini tepat.

Rak­yat berhak mendapat manfaat. Harapan mereka untuk mengurangkan kos sara hidup.

Awang percaya, sama ada SST atau GST, apa yang perlu diberi perhatian ialah pemantauan dan penguatkuasaan. Jangan memberi ruang kepada peniaga memanipulasi harga untuk mengaut keuntungan. Peraturan atau undang-undang tidak akan berkesan sekiranya wujud pihak yang sentiasa mementingkan diri sendiri.

AWANG – Pantau harga barang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×