AWANG mendoakan agar dua juta jemaah haji khususnya dari Malaysia dapat melaksanakan ibadah haji dengan sempurna. Mereka sudah pun melalui kemuncak ibadah rukun Islam yang kelima itu. Bermula dengan wukuf di Arafah, kemudian singgah di Muzdalifah sebelum meneruskan perjalanan menuju Mina. Syukurlah, jemaah haji Malaysia dilaporkan dalam keadaan selamat ketika ribut hampir dua jam di Arafah yang turut merosakkan khemah. Anggaplah itu sebagai ujian kecil. Perjalanan ibadah bagi memenuhi panggilan…

 
								









