AWANG mengalu-alukan jaminan Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa kerajaan tetap mempertahankan hak Melayu dan Bumiputera seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Jaminan itu meliputi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Terdapat kebimbangan dalam kalangan rakyat bahawa bahasa Melayu terabai berikutan beberapa tindakan yang seolah-olah meminggirkan bahasa kebangsaan. Sebagai bahasa rasmi, bahasa Melayu akan menjadi keutamaan dalam urusan rasmi negara. Bahasa Inggeris dan lain-lain hanya digunakan sebagai penjelasan kepada orang asing. Begitu juga…










