BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 11 OGOS 2018 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 11 OGOS 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AWANG merasakan ada moleknya mereka yang mengetuai beberapa kementerian utama supaya lebih bersikap bertanggungjawab dalam mengeluarkan kenyataan tertentu.

Ungkapan-ungkapan ‘asal sedap didengar persis gaya pembangkang terdahulu’ dikhuatiri akan menimbulkan tanggapan kurang enak pihak di luar terhadap Malaysia.

Rakyat apatah lagi, yang tentunya mengundang rasa ‘tidak selamat’ terhadap kestabilan dan kemakmuran negara ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam menjelang 100 hari pentadbiran Pakatan Harapan 17 Ogos ini, memang tidak dapat dinafikan graf keyakinan rakyat semakin hari sema­kin meningkat susulan peralihan kuasa yang berjalan lancar, 9 Mei lalu.

Tapi janganlah ‘dikacau’ dengan kenyataan tertentu yang ‘agak mengelirukan’ dan ‘sekadar untuk cari salah silap’ kerajaan terdahulu. Impaknya sedikit sebanyak mampu menggugat aspek-aspek ekonomi dan keselamatan.

Sebilangan mereka yang memegang portfolio penting ini harus berjiwa besar dengan memikirkan soal-soal ke depan dengan membuktikan Malaysia selamat dan kukuh dalam tangan pentadbiran kerajaan baharu ini.

Dan ada pihak barangkali ‘seronok mendengar dan membawang’ isu terbaharu ke mana wang bayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak RM19.4 bilion dibelanjakan walaupun kerajaan yang lepas mengatakan sejumlah besar wang ini tidak hilang, sebaliknya digunakan untuk tujuan pembangunan.

Namun tidak dapat dinafikan sebahagian besar daripada kita menunggu dengan penuh debar kesan yang akan muncul dari pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), 1 September ini.

AWANG – Tunggu dan lihat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×