KUALA LUMPUR 6 Ogos – Bintang drama bersiri Gerak Khas, Nizen Ayob, 33, disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, tengah hari tadi, dipercayai menghidapi penyakit buah pinggang. Rakan pelakon, Sheera Iskandar memberitahu, berita itu diterimanya menerusi pesanan dalam aplikasi sembang WhatsApp kira-kira pukul 1 tengah hari tadi. “Tak silap saya, seminggu lalu dia telah dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri dan tidak pasti bila dia keluar…









