Bincang dengan Dr. M dulu - Anwar - Utusan Malaysia

Bincang dengan Dr. M dulu – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Ogos – Presiden baharu PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung penyertaannya semula ke dalam Parlimen.

DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

Kata Anwar lagi, apabila menyertai Parlimen kelak, beliau terlebih dahulu akan berperanan sebagai penyokong kerajaan untuk melaksanakan sebarang proses perubahan.

Beliau berkata, peralihan kuasa sebagai Perdana Menteri tidak perlu dilakukan secara terburu-buru dan buat masa ini tetap menyokong Dr. Mahathir untuk mengemudi kerajaan tanpa sebarang tekanan serta gangguan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Keputusan itu (peralihan) dibuat semasa saya di penjara lagi. Konsensus itu berlaku oleh semua parti dan sebab itu dalam kalangan pimpinan parti semua menyatakan bahawa harus berlaku.

“Cuma segera atau tidak. Jadi saya jawab tidak perlu segera dan yang perlu disegaeakan ialah proses pemilihan parti,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Namun Anwar masih berpegang kepada kesepakatan sesama pimpinan Pakatan Harapan sebelum ini bahawa peralihan kuasa akan berlaku mengikut tempoh yang dipersetujui, iaitu dalam masa dua tahun selepas Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×