BIMB Investment sasar raih RM150 juta - Utusan Malaysia

BIMB Investment sasar raih RM150 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Ogos – BIMB Investment Management Bhd. meletakkan sasaran untuk meraih sebanyak RM150 juta dalam tempoh setahun daripada Dana Sukuk alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) BIMB yang baharu dilancarkan.

Ketua Pegawai Eksekutif BIMB Investment, Najmuddin Mohd. Lutfi berkata, ia merupakan Dana Sukuk ESG dan Dana Sukuk Syariah pertama di dunia diluluskan di bawah panduan Pelaburan Mapan dan Bertanggungjawab (SRI).

Katanya, BIMB Investment menyasarkan syarikat dan individu melanggan dana itu pada nisbah 50:50 dalam masa sama mengharapkan kebanyakan pe­laburan berada dalam denominasi ringgit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dana Sukuk ESG BIMB memberi pilihan kepada pelabur untuk mempelbagaikan pelaburannya dengan risiko yang rendah,” kata­nya dalam majlis pelancaran Dana Sukuk ESG BIMB di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi BIMB Investment, Nik Mohd. Hasyudeen Yusoff.

Dana yang ditawarkan oleh anak syarikat milik penuh Bank Islam Malaysia Bhd. (Bank Islam) menawarkan potensi pulangan tahunan yang stabil kepada pelabur runcit dan korporat.

Sukuk berkenaan ditawarkan dalam ringgit, dolar Amerika Syarikat (AS) dan dolar Singapura pada harga 0.25 sen seunit bagi tempoh bermula 1 Ogos hingga 21 Ogos ini.

Sementara itu, Nik Mohd. Hasyudeen berkata, Malaysia kini menerajui terbitan sukuk dari segi jumlah dan nilai.

“Malaysia sedang berkembang menjadi hab pelaburan lestari dan bertanggungjawab didorong oleh kedudukan terkemuka di peringkat dunia dalam kewangan Islam,” katanya.

Sehingga kini, BIMB Investment mempunyai aset di bawah pengurusan (AUM) sebanyak RM2.7 bilion.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×