GEORGE TOWN – Seorang bilal didakwa di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi terhadap kesalahan menetak tangan kiri bekas isterinya hingga putus dalam satu kejadian pergaduhan dua minggu lalu. Tertuduh, Muhammad Ashraf Kames Abdullah, 39, bagaimanapun mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Norsalha Datuk Hamzah. Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah dengan cara menggunakan pisau sebagai senjata untuk menyerang bekas isterinya, Nur Syamira Muhammad Thandayu…









